Maaf begitu lama tiada utusan. Suami banyak kali juga menyoal "blog bila nak update?". Jawab saya "tak ada masa". Jawapan berikutnya "mood tak ada". Maka jadilah dia lama tergendala. Bila baca entry lama, rasa macam tak percaya diri sendiri yang tulis. Not a bad writer I guess *wink*
Untuk entry tiba-tiba ni, saya cuba update satu-persatu perkara di bawah tajuk besar berikut:
1. Mohd Ghazali Zoon
Dia masih suami yang charming mengikut cara dia sendiri. Masih lagi tidak hairan dengan facebook segala bagai. Sign up instagram sebab nak jadi stalker sahaja. Dulu follow Justin Bieber, Miranda Kerr entah apa-apa. Sekarang ada yang dia dah unfollow, ada yang saya senyap-senyap unfollow. Sebagai ayah, kadang-kadang boleh jadi garang juga pada masa Nawfal buat perangai. Kalau dia marah, Nawfal memang senyap, Bunyi sedu-sedu sahaja kedengaran. Satu hari aku cakap pada Ghaza yang dia lagi fit character ayah yang tegas daripada ayah yang garang. Dia sedang menuju ke arah itu. Dari dulu memang tak susah nak communicate dengan suami sebab orangnya tidak degil. Apa yang kita cakap, dia respond dengan cara baik dan kalau apa yang kita sampaikan betul, dia tak defensive.
Sudah masuk minggu kedua dia di company baru setelah hampir lima tahun di company pertama. Memegang peranan yang lebih besar, tanggungjawab yang lebih berat. Agak mencabar juga masa nak dorong Ghaza ni buat pilihan sebab dia dah ada comfort zone dia sendiri di company lama, budak-budak respect, ada kawan-kawan lepak. Tapi akhirnya dengan dorongan saya, dia pun terima tawaran company baru. I just think it's time for him to move on. He has potential. Rezeki bertambah alhamdulillah. Maka, sekarang ini dia sedang menempuh kepayahan di persekitaran baru dan dengan expectation tertentu. Adaptation cycle. I believe he can fit in and bring himself up to the expectation. As wife, I always see him as remarkable at his work.
Buah hati, I wish to be your backbone, who supports you in any minor/major decisions you have to make in your life. I hope you are happily married tied up to me to this point.
2. Aariz Nawfal Mohd Ghazali
Umurnya sudah 1 tahun 7 bulan ++. Dari segi physical development, dia kanak-kanak yang besar berbanding budak sebaya dia. Sudah boleh berjalan, sudah pandai sepak bola, sudah pandai goyang punggung bila menari.
Smart. Funny. Sporty. Cheeky. Photogenic. Penggeli. Suka main air. Susah nak basuh berak. Sangat pantas membogelkan diri apabila pakai pampers sahaja. Nangis tipu-tipu. Jinak-jinak merpati. Banyak minum susu. Perut buncit badan tough!.........and he is spoiled too - blame me! Those are few words to describe him in a daily life.
Sebagai ibu bapa yang tidak sempurna, kadang-kadang terlaung jugaklah "NAWWWWWFFFAAAALLLLL!!!!!!!" sampai anak tekak keluar dari halkum apabila menghadapi ragam dia.
Dengan babysitter, Nawfal juga dimanjakan. Always get special treatments. Ada Zyra (anak babysitter) yang manjakan dia, ada NekTam yang bawak dia keluar jalan-jalan dan belikan milo kotak petang-petang. Ada masa bila saya nak ambil, dia tak mahu balik. Apalah sangat upah bulan-bulan nak dibandingkan dengan kasih sayang satu keluarga diorang beri pada Nawfal. Beruntung betul budak kecik ni. Sangat bersyukur Allah pertemukan dengan mereka. I know Nawfal's in good hands.
3. Diri sendiri
Cerita pasal diri sendiri ni tak best sebenarnya. Tak tahu nak tulis apa.
Oklah. Baru mencecah 28 tahun. Sedang mengandungkan anak Mohd Ghazali yang berikutnya. Accomplishment saya setakat ini adalah saya seorang pembuat nasi kerabu yang hebat, sayalah pembancuh air milo paling best dalam dunia - menurut suami saya, kerjaya saya sekarang memberi signifikan kepada pendidikan dan masa depan generasi sekarang dan akan datang. Saya dapat rasakan sayalah orang terpenting dan paling Nawfal sayang. Saya masih membentuk diri menjadi insan lebih baik untuk suami dan anak-anak saya nanti.
Oklah cukup satu perenggan saja.
Inshaa Allah akan tulis lagi selepas ini.
1 comment:
yeaaaaaa..last but no least... walaupun nonie tak tulis, kak fiza ttp setia membaca entri lama sbb i miss ur possst ssssssssssssooooooo much..hehe
Post a Comment